Tuesday, 31 May 2011

bersyukurlah selagi masih bernafas

assalamualaikum

sekarang nie aku sibok ikut mak ulang alik hospital.Aku seronok ja dapat teman mak.Bukan sebab aku saket okey tapi sebab paksu yang saket.hmmm..sedih pulak bila aku tengok paksu aku tu.

Tapi kat hospital jugak la,i learnt new thing..
Jagalah kesihatan anda baik-baik
Bukan apa,kita sendiri pun taktau bila kita akan sakit or bila kita akan menghembuskan nafas yang terakhir.Tak selamanya kita akan sentiasa sihat kan.Aku sendiri pun dah insaf n berusaha untuk menjaga kesihatan sekarang nie..

Anyway,jangan lupa untuk sentiasa bersyukur kepada yang Maha Esa kerana kita masih dapat hidup sehingga ke hari ini dan di saat ini.Alhamdulilah :) Tak lupa jugak,doakanlah untuk orang laen sama.. aku doakan kwn2 aku sihat sentiasa dan happy selalu..if you happy,i'm happy too :)

start with a smile every morning :)

Sunday, 29 May 2011

school holidays

assalamualaikum :)

memandangkan cuti sekolah dah bermula,aku sangat seronok..sebab aku tak sunyi lagi dah.Maksudnya i won't be staying at home alone.hehe..horayy! sebelum nie pun bukan sunyi sangat pun.tapi lagi happy la sekarang nie :)

Adek aku pun dah balek dari maktab.so semua anggota keluarga kami dah cukup.cepat2 la plan untuk holiday nie..ahaha..tengah bersemangat nie!anyway,just nak cakap,aku bahagia sangat2 selama hidup sembilan belas tahun nie di samping keluarga terchenta..love my family so muchh :)

mom n sis

me n sis

adek no 2


Monday, 23 May 2011

tiada sebab untuk tidak ucapkan "I LOVE YOU"

assalamualaikum :)

title macam menarik kan?hehe..actually kan,we can say this word to anybody,means someone that is special to us..like our parents,our love one,friends.. :)

so i feel like to say this right now

i love you awak..teehee ^.^
i haven't meet you for a long time..cepat2 la habis exam awk tu..huhu

not to forget I LOVE YOU my dear friends..bila lagi kita dapat berjumpa?
 
Jangan takut untuk mencintai. Tiada sebab untuk tidak mencintai.
Kalau dah sayang luahkan sahaja. Jangan takut untuk meluahkan. Terlambat ucapkan takut menyesal.
 


dreaming a dream

assalamualaikum :)

now,i feel so miserable..*sigh..i got mixed feeling,happy,sad,anxious,excited..fyi, i just got my foundation's result.tanak la cita berapa pointer dia..but i'm happy with the result although it is as i expected.maybe god knows what's the best for me kan? redha je la..alhamduliah,praise to Allah,i'm grateful with my own result..

The BIG problem now is to fill the USM and UPU..luckilly,I already done with usm.hope for the best la kan.upu sekarang pulak..haduiii..I dunno what I want actually.At the same time,my parents keep pushing me to choose the courses that they think are good for me.arrgghhhh..susah kot nak buat keputusan :(


tension2..sekarang nie,i have made my decisions! i think this courses are the best and most suitable with myself and my soul.hope you guys will pray for my future.. :)



last but not least,aku doakan korang juga dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri..harap2 kita dapat jumpa lagi..cheers ! :)


Wednesday, 18 May 2011

buat pilihan !

assalamualaikum :)

Bagi pelajar-pelajar Lepasan Matrikulasi sesi 2010/2011, semua boleh mengemaskini borang Permohonan ke Universiti (UPU) dan Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM)




Permohonan ke Universiti (UPU)

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk semua universiti kecuali USM perlu dibuat melalui laman web rasmi BAHAGIAN PENGURUSAN PENGAMBILAN PELAJAR..
 Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM – Fasa 2 dibuka mulai 20-26 Mei 2011 sahaja..
 Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja..
Sesiapa yang tidak membuat permohonan semasa Fasa 1, anda tidak boleh membuat pengemaskinian..


Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM)

Pelajar-pelajar Lepasan Matrikulasi yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui pohon@usm ko orang boleh buat pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua..
Sistem akan dibuka semula pada 18-24 Mei 2011 sahaja untuk proses pengemaskinian dilakukan di Fasa 2..
Hanya  pelajarpelajar yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1, hanya dibenarkan mebuat  pengemaskinian program pengajian..
Pelajar-pelajar yang tidak membuat permohonan Fasa 1 tidak layak membuat permohonan..

harap dapat tolong anda2 semua..think wise.pilihan di tangan anda :)
the power to choose is in your hands :)

drama tontonan d rumah

assalamualaikum :)


DRAMA NORA ELENA(TV3)

slot:akasia
hari tayangan:isnin hingga khamis
masa tayangan:7.00pm hingga 8.00pm
para pelakon:aaron aziz,siti saleha,wan syarmilla,zul ariffin,erry putra,putri faten

Sinopsis Drama Nora Elena
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham.

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

tengok la drama nie kawan-kawan :)

nora elena 
seth tan

pelakon2 dia pun hensem2 n cun belaka..hehe..
lagu pun best :)


Tuesday, 17 May 2011

never too late

assalamualaikum =)

it's been a while i'm not updating my blog.dont feel like im in the mood.
i think it's never too late to wish

HAPPY TEACHERS DAY

to my teachers,
especially from sk tuan syed jan,smk ibrahim,mrsm langkawi n PASUM
n teachers all over the world
not to forget both my parents as they are teachers too..hehe

thank you teachers for everything !
for teaching me a to z
and to what i am now
without you,i'm nothing :)



you are my inspiration TEACHERS ! 
:)


p/s:rasa macam nak tukar cita-cita pulak..we'll see..hehe :)


Thursday, 12 May 2011

i wanna be a good girl :)

assalamualaikum

aku rasa lately aku dah banyak kecewakan hati orang,
lukakan perasaan orang,
samada secara sengaja atau tak,
sori sori,
i'm not perfect okey

 
 now,i'm trying to be a good girl,help me okey..


time semangat baru abeh final exam..hehe..hope for the best..

p/s:result nak kuar dah next week..cuak seyh..anyway,all da best guys :)


the only one

assalamualaikum :)



okok..jap nak sengeh lu.. tapi, inilah die..ok? errr...you are my only exception :)   
x nak comment banyak :)) just wanna introduce.. 
hopefully this time we'll be better:)
iheartyou <3 
:)

we don't remember the days,we remember the moments :)

assalamualaikum :)

gatal2 tangan nak try edit..this is the result.. :)
i'll do better next time..hehe

my bestie :)

Tuesday, 10 May 2011

alhamdulilah

assalamualaikum :)

sejak kebelakangan nie,aku kurang sehat sket.demam selsema dan sebagainya.
sekarang nie,adek2 mak ayah dah berjangkit pulak..
akukah pembawa virus?? :(

anyway,sebagai insan yang prihatin,aku nak semua orang jaga diri baek2..
tambah2 dengan keadaan cuaca sekarang nie..
panas kan?
aku pun terasa bahangnya walaupun terperuk kat dalam rumah saja..
macam nak pasang air-cond 24hours..

nasihat aku:
-minum air banyak2
-rajen2 la mandi
-cari lah tempat yang teduh
-pakai pelindung(topi dan sebagainya) kalau ada kat luar..

at least 8 glasses of water per day :)

p/s:jangan jadikan alasan panas terik untuk anda berasa malas okey :)

Sunday, 8 May 2011

langkawi trip

assalamualaikum.

Okey,dua tiga hari lepas,aku dan kawan2 telah menjelajah ke langkawi..weeehooooo.. bukannya nak pi holiday or shopping okey ! tujuan kami pegi adalah untuk amek slip result spm..haha *semangat lebih
fyi,kami adalah budak2 lepasan dari msrm langkawi..:)

pada hari selasa yang indah,kami semua berkumpul kat jeti Kuala Kedah..nak buat ala-ala balek maktab macam dulu laa..haha..then,after gather ramai2,dah cukup,kami naek ferry pukul 11.30am..perjalanan amek masa dalam 1 jam lebih..kami sampai langkawi terchenta pukul 12.45pm.. Lepas sewa kereta,kami terus gerak ke maktab..rindu gler kat maktab :(

Pegi jumpa cikgu2,say hi kat diorang,sembang2 sket.Lepas tu baru la bermulanya plan-plan kami..macam2 la nak buat..hehe.. alasan semata-mata nak amek sijil..HAHA
Kejap je pun kat langkawi..sehari ja kami kat sana..anyway,i really2 have fun with my friends :).. till we meet again u olls :)

geng lelaki..ramainya depa
geng perempuan..semangat nak pi riadah *bajet..haha
dinner ramai2 kat jai restaurant..
breakfast :)

kat pantai cenang..:)
lepas makan,tengok movie cite nie..okey la kan..
erkk..kami bukan lesbo okey
trademark langkawi :)

 pictures tell thousands words kan :) okey byee..

Friday, 6 May 2011

jobs hunting!

assalamualaikum ◕‿◕
mak:boleh ka hang nak keja nie?dok kat rumah pun malas dah..
aku:errr..nanti keja jadi rajin la.sebab tu la orang nak keja.. 

 tengok..baru semangat nak cari keja dah down balek..hahaha..
mom,i know you want the best for your daughter :) disebabkan aku akan bercuti selama 5 bulan lebih nie dan dok rumah goyang kaki bina badan. Daripada tak buat apa-apa,aku akan mulakan operasi mencari kerja..apa-apa kerja asalkan halal dan berpatutan..haha..

Aku bukannya desperate nak cari kerja sangat..just nak cari experience orang kata..hehe..lagipun bosan la duduk rumah tak buat papa..at least,kalau kerja nanti,aku akan dapat duet lebih n boleh shopping..ngeh3  kadang2,aku jeles jgk la dengan kawan2 aku yang dah kerja tu..macam best ja diorang kerja..i hope so.. think positive je la kan :)

The problem is apa kerja yang aku boleh buat??hmmm..
Tah,aku pun tak tahu apa aku boleh buat.. maybe i should just sit at home and listen to my mom's advice..ohhhhhhh *so sad
and attend some classes maybe.. :(


Any other suggestions?

new groups,so called 24:7 and gula-gula(sweets)

So this are their photos and who they want to fight with

VS


and


VS


they copied super junior’s Don’t Don and Girl’s Generation’s Chocolate Love concept..

conclusion:
tak payah nak tiru orang sangat la kan..
just be ourselves..
apa2pun, tepuk dada tanya selera :)

Thursday, 5 May 2011

this is just the beginning

hello world :)



Okay to be honest, I'm freaking boring, lonely and don't know what else to do. that's why I'm here. blogging.
 
I feel so tired today,restless..! just arriving home from langkawi. Buat apa pi langkawi?nanti aku cerita dengan lebih lanjut.sangat best,dapat jumpa kawan-kawan yang sudah lama ngak ketemu..masing-masing dah berubah..makin cun n hensem :) haha..

i will update it soon,with pictures..:)
off,nak tido puas2..


jangan bersedih



 dear friend,
i know you are in sorrow now
be strong okey
i know you can overcome it someday
i'm sorry for not being near you
for not listening to your problems
for not being a good friend
i'm sorry
i'm sorry
you are strong right !
please dont cry
good news for you

i'm home now :)

Sunday, 1 May 2011

perempuan..

assalamualaikum n haappppy labour's day you all :)
nie nak share sikit apa yang baru dibaca tadi..

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

 

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama anda-anda semua. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..